+609 553 5555       cir@unipsas.edu.my

DIPLOMA SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (R/381/4/0009)(MQA/A4743)(02/25)

Pengenalan Kursus

Diploma Syariah dan Undang-undang  merupakan kursus menyatupadukan antara ilmu aqliah dan ilmu naqliah, di mana pelajar-pelajar dikehendaki mengikuti kursus-kursus asas pengajian agama Islam bersama kursus-kursus dalam bidang Syariah dan Undang-undang bagi mewujudkan keterampilan diri dalam arus perdana masa kini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dalam bidang ilmu yang mereka pelajari. Disamping itu, kursus ini juga memberi fokus terhadap pembinaan kemahiran dalam bidang Syariah dan Undang-undang yang membolehkan pelajar-pelajar berkemampuan memberi maklumat perundangan kepada masyarakat setempat.

Kelebihan Kursus

Kursus-kursus yang ditawarkan melalui Diploma Syariah dan Undang-undang di UnIPSAS ini merupakan kursus yang penting dan relevan bagi pasaran kerjaya. Graduan jabatan ini menjadi rebutan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Di antara institusi yang berkaitan adalah seperti berikut:

  • Penolong Pendaftar, Mahkamah Syariah
  • Penolong Pendaftar, Mahkamah Sivil
  • Kerani, Firma Guaman
  • Penolong Pegawai Undang-undang, Amanah Raya Berhad
  • Syarikat Takaful dan Insuran
  • Pusat Kutipan Zakat
  • Jabatan Wakaf
  • Tabung Haji
  • Bank-bank
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Penolong Pegawai Agama, Majlis Ugama Islam
  • Penolong Pegawai Agama, Penolong Penguatkuasa,Jabatan Agama Islam
  • Penolong Pegawai Undang-undang, Majlis Perbandaran Tempatan
  • Penolong Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Tempatan
  • Guru Kafa di Sekolah-sekolah

Peluang Lanjutan Pengajian

Diploma Syariah dan Undang-undang yang ditawarkan membuka peluang kepada pelajar bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat banyak program ijazah yang berkaitan dan ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi. Antara insititusi tersebut adalah seperti berikut:

  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA)
  • Kolej Universiti INSANIAH (KUIN)
  • IAIN al-Raniry ACHEH
  • IAIN Sumatera Utara Medan

Fakta Mengenai Bidang Diploma

  • Bahasa Arab adalah Bahasa Mukjizat dan bahasa pertuturan Nabi Muhammad SAW. Pengetahuan Bahasa Arab adalah sangat penting untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering kita baca setiap hari, bahkan ia merupakan fardhu kifayah ke atas semua umat Islam.
  • Bahasa Arab merupakan sumber ilmu pengetahuan Islam dan perkembangan tamadun.
  • Kerajaan amat mementingkan Bahasa Arab dan menggalakkan rakyat mempelajari Bahasa Arab. Justeru, graduan yang mahir dalam Bahasa Arab amat diperlukan bagi memenuhi kerjaya dalam pelbagai bidang.
  • Bahasa kedua terbesar penggunaannya ialah Bahasa Arab. Pengetahuan tentang Bahasa Arab kini amat penting kerana penggunaannya yang bersifat global.
  • “Belajarlah bahasa Arab, sesungguhnya ia dapat menguatkan minda dan meningkatkan martabat seseorang’. (Khalifah Umar bin al-Khattab)

Syarat Kemasukan

  • Lulus SPM dengan 3 kredit atau sijil setara, dan
  • lulus salah satu mata pelajaran Bahasa Arab atau subjek berkaitan Pengajian Islam atau;
  • Sijil yang diiktiraf dalam bidang Pengajian Islam atau setara.

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...